mana nak dapat bos muka macam farid kamil?

jumaat lepas, mingming dan kawan-kawan department logistics buat gathering berbuka puasa. oh ya, sebelum tu, meh mingming ceritakan behind the scene majlis berbuka puasa ni. 

alkisahnya, yg booking dak hazree tapi yang collect duit dan memberi emel berkenaan butiran venue adalah yanti. menurut emel dari tukang emel, venue adalah di intekma. seawal 6.15 mingming dah terpacak kat tempat parking intekma. mingming malas nak masuk dulu, dah janji dgn aten nak masuk sama-sama. aten cakap dia lambat sikit sebab dia kena ambik adik dia. no problem, tennnn. kalau datang lambat atau parking jauh. sebab intekma menyediakan kereta comel yang akan membawa anda dari tempat parking ke tempat berbuka puasa dengan penuh gaya.


gambar pinjam dari fb intekma


nampak tak gambo kereta comel yg cik kak comel buat peace dalam gambar belah kanan tu...apa ek nama dia....kereta comel ni la yang akan bawak korang tu. bukan hantar je, malah dihantar juga ke kereta kalau tak larat jalan seba perut penuh makan banyak waktu berbuka.

aten sampai nak dekat 7.15, masa tu jugak banyak kereta nak parking. maka dengan cerianya kami naik kereta comel ni ke tempat berbuka. siap keek lagi. tengah kitorang bergembira nak ber-keek bagai walaupun bergegar, kitorang dikejutkan dengan henpon aten yang berbunyi. dalam keek ni, aten ada jawab call.



ghupanya tukang bagi emel dah tersalah emelkan venue. sepatutnya kat hotel uitm. maka berarak la kitorang ramai2 keluar dari tempat parking dan menuju ke hotel uitm. tengok jam, masa tu lagi 5 minit nak berbuka! coooo-baaaa-aaaannnn.

eh, lain benar cerita menyimpang dari tajuk! ok, kembali ke pangkal jalan. kalau dulu, mingming pernah cerita yang orang cakap bos mingming ada iras-iras farid kamil kat entri ni. hehe. ada lah sorang kawan kitorang ni, kitorang panggil dia wan. dia dah lama tak datang opis sebab nak resign. dia pun tak join iftar kitorang. mingming saje lah buat keek untuk tatapan dia yang nak resign tu. ye lah, mana nak dapat bos muka macam farid kamil lagi, kan? hahaha. cekidautttt.




tapi maafkanlah mingming dalam keek ini ye. sebab dalam keek ni kelihatan mingming ni very the mak jemah, kannnn. huhu


No comments: