rumah untuk disewa ~ berkonsepkan rumahku syurgamu

rumah mingming dan encik miumiu di ukay perdana telah sedia untuk disewaaaaa.....yippieee...rumah kami ni apartment je... semoga dapatlah kami ditemukan dengan penyewa seperti penyewa sebelum ini yang dapat menjaga rumah kami bagai rumah sendiri. konsep 'rumahku syurgamu' gituuuu. kelasssss kan.....siap ada konsep lagiii. hihi. bukan apa, rumah ni bagi kami sangattttt cantik dan rasa saaaaayang sangat nak bagi sewa kat orang tapi apakan daya tiada rezeki kami nak duduk sendiri kat rumah ni.

nanti mingming kongsikan cerita dan pengalaman mingming beli rumah pertama mingming ni. kali ni, mingming kasi naik dulu gambar2 ye. cekidautttt...


kita mulakan gambar denganpintu masuk. 
pintu masuk terletak di belakang encik miumiu.





hall jugak...tapi tangkap gambar dari sudut yang berbeza


master bedroom


bilik kedua


bilik ketiga


kiri tu sliding door yg memisahkan wall dan dapur..
yg sebelah dapur tu, bilik ketiga


dapur yang lengkap dengan kabinet dapur


bilik air....
(lupa nak tangkap gambar kat bilik air kat master bedroom)



minggu lepas ada la pompuan call encik miumiu, ckp berminat nak sewa rumah. so set la masa untuk dia datang nak tengok rumah. dia pun setuju nak tengok rumah pukul 3 petang. tengok jam dah pukul 3.20, telefon+sms semua tak balas. so sementara tunggu dia datang, mingming sempat la isi masa ber-keek.


 



janji pukul 3 petang, alih-alih sampai pukul 4 petang tak muncul2. sah lah! kitorang dah kena tipu! hmmmm, pelik jugak kenapa la ada org mcm ni. kalau tak nak sewa atau tak boleh nak dtg, bgtau la kannn. menguji betul bulan2 posa ni. 

bukan main rempit lagi kitorg dari klang (rumah mak encik miumiu)-terus pergi beli barang kat jusco-hantar barang kat rumah (tmn permata)-solat. lepas solat terus zassss terpacak kat ukay perdana ni. alih2 batang hidung pun tak nampak. sebelum ni bukan main pandai jari menaip sms, terus diam membisu seribu bahasa. 

maka pulanglah mingming dan encik miumiu ke rumah dengan hampa. dek kerana kelam kelibut nak menepati janji pukul 3 tu, mingming terlupa nak keluarkan udang dari peti ais sebelum ke ukay perdana. cadangnya, nak masak udang utk lauk berbuka petang tu. balik rumah, baru teringat. hmmmm, kansel la nak masak udang. petang tu berbuka lauk telur masak kicap dan sayur aje. konon utk pertama kali mingming masak utk encik miumiu ni, nak buat la special sikit kannnn...tu yg plan nak masak udang bagai tu. ye la, sebelum ni asyik encik miumiu yg masak utk mingming. 

hmmm, baru je nak ngetest skill memasak mingming ni. mingming tak pandai masak. selama 3 tahun duduk dgn mertua, memang tak pernah mingming masak. kejenya makannnnn aje. pastu basuh pinggan. itu ajelah yg reti. 

seriussss, dah duduk rumah sendiri ni, dan equipment memasak semua comel2 mcm nak main masak2, rasa macam asyik nak tryyyy aje resepi. ghupanya tak susah pun nak masak ni. encik miumiu ckp try and error. practice makes perfect, kan!

nanti kite update cerita mingming main masak2 ye. baiiii.


update: rumah ini telah pun ada penyewa.

2 comments:

aizirah said...

Puan,rumah sudah disewakan ke?kalau belum bleh inform pd sy?0126330599

mingming said...

maaf, lambat reply....sudah disewakan ye.