kelebihan hari jumaat



hari ni hari jumaat. rasanya semua orang suka hari jumaat ni, kan...mingming rasa sejak sekolah rendah lagi mingming memang suka dan ternanti-nanti hari jumaat. sebab apa? sebab....hari jumaat jadual waktu sikit, so boleh balik awal dan tak payah bawak banyak buku pergi sekolah...bila buku sikit, boleh la bawak beg sandang sebelah bahu je...haha, bajet stylo lah bila pergi sekolah beg kempis... ye lah,masa tu terpengaruh dgn gaya azroy (faizal husin) dlm pilem gila-gila remaja...ntahpape...lawak pulak bila ingat2 balik.

lagi satu, bila beg kempis, senang sikit nak lari2 masa balik sekolah...sebab masa tu suka main tarik2 tudung kawan2 yg pakai tudung. lepas dah tarik tudung kawan tu, boleh la lari dengan lajunya sambil gelak-gelakkan kawan tu....hahaha....ni semua cerita zaman sekolah rendah...masa sekolah menengah pun suka hari jumaat gak...mingming sekolah asrama sejak tingkatan 1... so hari jumaat takde 'prep'...boleh buat aktiviti sendiri...memang heaven la sbb boleh tidur petang...

ok, bukan itu topik utama mingming nak kongsi kat sini. mingming nak kongsikan kali ni ialah kelebihan hari jumaat dan amalan2 yg kita boleh gandakan di hari jumaat.

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud, "Barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang...kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia akan dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat selama setahun." Subhanallah. Betapa luasnya kasih sayang Allah pada hamba-hambanya. 

Jom kita tengok video berkenaan kelebihan hari jumaat:



Rasulullah saw bersabda, "Pada hari jumaat terdapat satu waktu, tidaklah hamba Muslim memohon sesuatu kpd Allah melainkan Allah akan mengkabulkannya. Carilah ia di akhir waktu slps asar". (HR Abu Daud)
mingming nak kongsikan kat sini antara doa yg boleh kita amalkan setiap hari, lebih2 lagi di hari jumaat yg banyak kelebihan dan fadhilatnya adalah Doa Pembuka 12 Pintu. doa ini di ajar oleh Dato' Fadzilah Kamsah dalam setiap ceramah dan kursus beliau.  


marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi yg lebih baik dan dianugerahkan orang yg baik-baik di sekeliling kita. aminnnnn.





No comments: