Umrah : Part 1 - Kursus Umrah


Penutup tirai 2015 sangat indah buat mingming dan en.miumiu... Alhamdulillah, dengan izinNYA kami telah dijemput menjadi tetamuNYA untuk menunaikan umrah.... Kami berangkat meninggalkan tanahair pada 29 November 2015.

Sebenarnya kami tak adalah rancang sangat nak pergi umrah ni….sebelum ni (2014) ada jugak ummi mingming buka mulut plan nk pergi umrah dengan geng2 ummi tp ms tu kami mcm tak bersedia atau mungkin belum terbuka hati nk pergi…masa tu memang mingming tak pernah terbayang trip yg itinerary hanya aktiviti berulang dari masjid ke hotel adalah aktiviti paling manis dan indah...dan kini mingming merindukannya....ampuni kami Ya Allah!

dari awal tahun 2014 sampailah ke pertengahan tahun 2015, kami asyik plan nak pergi bercuti tapi asyikkkklah cancel je…punyalahkami survey bagai nak rak, buat itinerary bagai….bila nak proceed utk booking flight sesuatu destinasi, ada saja halangan masa….tak tau kenapa asyik bertangguh setiap kali nak booking….akhirnya tak booking la flight sampai ke sudah…..dan sekarang bila ingat2 balik, baru kami perasan yg benda sama terjadi setiap kali kami rancang nak pergi bercuti….tak tau nak cakap mcm mana tetapi mingming bagaikan tercari2 sesuatu yg tak pasti dalam tempat yg gelap…

awal tahun 2014,plan nak ke Indonesia,cancel….hujung tahun 2014, plan ke Filipina,cancel…..2015 plan nak ke Europe,cancel….pertengahan 2015 plan nak ke Singapore sbb dekat kononnya boleh naik kereta aje, tak payah booking flight tp cancel jugak…punyalah plan nak ke Indonesia, Filipina, Europe, Singapore bagai....rupa2nya Allah nak jemput kami ke Haramain dahulu. Allahu Akbar... sesungguhnya kami ini hanyalah hamba yg lemah...DIA lah sebaik-baik perancang...

Sbb tahun lepas (2014), ummi mingming ada ckp pasal umrah, kami tanyakan semula hasrat ummi itu….memandangkan ummi tidak mempunyai kelapangan di hujung tahun 2015 itu, kami hint pula pada emak en.miumiu kalau2 dia ada berhasrat nak menunaikan umrah….Allah yang Maha Mengetahui dan Dialah sebaik2 perancang yg mentakdirkan kami hanya pergi berdua sahaja utk trip umrah ini….

mingming pun mulalah survey2 travel agent dan baca review untuk pakej umrah…ada jugak terbaca kes- kes ditipu travel agen…duit melayang,agen pun hilang….mingming mula perbanyakkan berdoa dan solat sunat...minta agar semua urusan dipermudahkan kerana ini adalah kali pertama kami ke tanah suci...

September 2015, kami telah sepakat memilih travel agen dibawah Ustaz Harryanto dan kami membuat bayaran deposit untuk pakej bilik berdua…Honeymoon lah katakan! 14th years anniversary...bukan anniversary kahwin tapi anniversary bercinta katanya....Hehehe….

Oktober 2015, tangkap gambar utk visa dan melunaskan bayaran sepenuhnya...Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan....Allah telah membantu kami dengan menemukan kami dengan staff2 ustaz harry yg byk membantu....mereka menyediakan 'door to door' service, bermaksud kami tak perlu datang ke pejabat mereka untuk menyerahkan gambar visa, passport dan cheque bayaran baki... mereka datang collect ke tempat yg kami janjikan iaitu di pejabat en.miumiu...

kalau dulu, mingming tak pernah nak baca pengalaman org pergi umrah...mingming pun mula baca2 pengalaman org lain di blog2 dan hati rasa sayu dan rasa mcm tak sabarrrr sangat nak jejakkan kaki ke sana....


menurut faizah (staff yg uruskan trip umrah ni), kursus umrah akan diadakan dalam bulan november....so sementara nak tunggu kursus umrah yg dianjurkan oleh Ustaz Harry, kami mula belajar sikit2 melalui pembacaan dan menghadiri beberapa kali kursus umrah terbuka yg dibuat oleh travel agen yg lain bagi memantapkan pemahaman....maklumlah pertama kali lah katakan, rasa macam tak cukup je ilmu yg ada ni...

kursus umrah andalusia di KL (ustaz nahrawi)

kursus umrah andalusia di KL (ustaz dato daud che ngah)

kursus umrah tabug haji di kompleks haji
kursus umrah andalusia di shah alam...jumpa ustaz nahrawi lagi :)

awal november, Faizah maklumkan tarikh kursus umrah untuk group kami di masjid di area sg. buloh....yg bestnya, kursus umrah yang ustaz harry buat ni, kami ada buat praktikal sekali...berbeza dengan kursus umrah lain yg kami dah hadiri sebelum ni! tahniah buat team umrah ustaz harry atas usaha membuat simulasi umrah ini. semoga Allah membalas kebaikan kalian membantu urusan tetamuNYA.

mula2 ustaz tunjukkan cara, lepas tu kami pulak yg buat...kami buat praktikal tawaf ni 7 pusingan, ustaz akan perhati dan perbetulkan...kursus2 umrah yg mingming pergi sebelum ni hanya teori je, ada lah faham sikit2 tapi bila dah buat praktikal ni, barulah lebih faham.....kepada yg kali pertama pergi, kursus mcm ni memang sangat bermanfaat dan kepada yg pernah pergi juga bagus sebagai ulangkaji.





kami bukan sahaja buat praktikal tawaf tetapi kami juga buat praktikal sai'e 7 pusingan...



tengok, siap ada lampu hijau lagi tu...ustaz memang buat seperti seakan-akan sama seperti di sana...lampu hijau tu, sunat bagi lelaki untuk berlari-lari anak ketika sai'e...




selesai kursus umrah, en.miumiu sempat bergambar dengan ustaz harryanto atau nama glamernya, ustaz harry...


selesai makan tengahari dan sebelum pulang, mingming sempat bergambar di hajar aswad...hehehe..makan tengahari yg disediakan juga sungguh menyelerakan. terima kasih team umrah ustaz harry!

sebenarnya, kursus umrah yg ustaz sediakan untuk kami ada 2 kali....kursus umrah kali pertama ni ada praktikal...kursus kali kedua pula diadakan 2 minggu sebelum fly, hanya teori sebagai ulangkaji...

bergambar bersama Faizah (staff ustaz) pada kursus umrah kedua.









No comments: