saya suka sabtu


yeay! hari ni dah hari khamis. esok jumaat. pastu sabtu. saya suka sabtu. eh, tak. bukan pakcik sabtu yang rumah dia dekat simpang nun. maksud saya, hari sabtu. hmm...memang hari sabtu adalah hari yang saya nantikan saban minggu tapi hari sabtu minggu ni sangat berlainan. sbb MNG pulang dari Singapura. tak sabarnya nak bertemu kamu, wahai suamiku. rindu. siapa tak sayang laki oiiiii.

sebenarnya MNG outstation sejak 3 hari yang lepas. MNG memang kerap outstation sebelum ini tetapi ini adalah kali pertama MNG outstation sejak kami bergelar suami isteri. saya tak biasa. 1 disember hari tu, MNG sepatutnya kena outstation ke US tetapi memandangkan urusan visa masih belum selesai ketika itu, tak jadilah MNG ke US tahun ni. kalau tak, susah jugak nak 'gayut' sbb perbezaan masa. kite kat sini dah nak petang, dia baru bangun pagi. mujur kali ini, hanya ke negara jiran sahaja. tidak banyak perbezaan masa.

minggu ni memang sunyi betul. dah lah MNG outstation. dalam masa yang sama, ummi, ayah dan adik-adik saya - apit dan amir pergi bercuti ke Brunei sambil menziarah sanak saudara di sana. yang bestnya, keluarga saya ke Brunei sehari sebelum MNG ke Singapura dan pulang sehari selepas MNG pulang. Semuanya kebetulan!

hanya adik saya, kikin sahaja yang tinggal di rumah. oleh kerana saya tinggal bersama mertua, MNG mengizinkan saya menemani kikin di rumah ummi sepanjang minggu ini. terasa kosong bila berada di rumah tanpa ummi, ayah dan adik-adik. terbayang saat bergelak tawa bersama mereka. saya rindukan saat kami bertukar teka-teki. terbayang saat mereka senyum kambing menahan gelak bila mendengar lawak bodoh saya.
saya bersama ayah & amir
saya bersama ummi &nana
saya & apit
saya & amir

saya juga rindukan saat-saat saya bersama MNG. setiap hari, kami berjemaah subuh, maghrib dan isyak bersama. setiap pagi, kami akan mencium tangan dan pipi sebelum ke tempat kerja. sebelum tidur, kami gosok gigi bersama-sama. hmmm....cepatlah datang sabtu. saya suka sabtu. ahad pun  saya suka jugak - sebab ummi, ayah dan adik-adik balik dari Brunei hari ahad. tapi sebelum jumpa ahad, kena jumpe sabtu dulu!

tiba-tiba terngiang-ngiang lagu ni;

aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku
aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu
aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu
aku tak biasa, aku tak biasa 

tak sabar nak jumpa dia hari sabtu ni


memang saya tak biasa!

No comments: