rahsia semalam


hehe..ni citer semalam tp smlm x dpt nk on9 so terpaksalah a
pdet hr ni...

beberapa hari sebelum semalam, amir mengajak saya joging. bg menunaikan janji saya kpd amir, maka pg smlm saya mengajak ummi dan dua adik saya (amir dan apit) utk joging di tasik titiwangsa. perjalanan dirancang bertolak dr rumah jam 7 pg tp biasa la budak 2 org ni, sok sek sok sek akhirnya hampir 7.45 pg baru kami bertolak. ramai juga yg baru tiba ketika kami sampai di lokasi. alhamdulillah, dpt tmpt parking dgn mudah. sejuk mata tgk pemandangan kat sini.


bonda dan hafiz


saya juga tumpang seronok bila tgk semua org beriadah bersama kelurga mereka. aktiviti sihat seperti ini mmg patut digalakkan. saya mencadangkan kpd ummi utk membawa raket badminton di masa akan dtg. ummi bersetuju dgn jawapan saya. cuma, kami perlu keluar lebih awal dr hr ni. nanti x la panas sgt, kannnn....



antara pemandangan di tasik titiwangsa

seronok je tgk kolam ni penuh dgn teratai...cantik!


payung2 berwarna merah ini menarik hati kami. ummi ajak saya utk terjah. apalagi, kite terjah!

dari jauh PP nmpk mcm ada gerai2 je.


ooo rupa2nya ada pesta memancing. patut la ada gerai2. mcm2 gerai ada. pastinya saya dan ummi tertarik utk singgah di gerai yg menjual makanan.

ramai gak yg nk join pesta memancing ni


tengahari selepas solat zohor, saya menghadiri majlis hari jadi anak jiran. Happy Birthday, Safira! Rumah Mak Safira ni selang 2-3 rumah je dr rumah saya. Pelbagai jenis makanan yg dihidangkan kpd tetamu yg terdiri dr jiran dan sanak saudara tuan rumah. Pastinya membuka selera sesiapa sahaja! ada nasi ayam, bihun sup, roti jala, kueh mueh, mcm2 lg la.


birthday girl yg comel

Utk pengetahuan kalian, Ayah safira ialah adik kepada mak MNG. hehehe. yg menariknya, mereka tidak pernah tahu yg saya ini berpacaran dgn anak sedara mereka! saya masih ingat lg kejadian beberapa tahun lps (di awal perhubungan kami), immi menjemput MNG dtg beraya di rumah kami (ms tu 1st time MNG dtg rmh). yg kami x sangka, malam itu MNG dan keluarganya dtg beraya di rumah pakciknya yg merupakan jiran saya itu. fhm x apa yg PP citer ni? Siang - MNG dtg (sorg2) beraya rumah saya, mlm - MNG dtg sekali lg ke kwsn rumah saya utk beraya rumah pakciknya pulak. hahaha. mmg lawak ms tu sbb MNG x perasan pun selama ni rumah saya hanya selang 2-3 rumah dr rumah pakciknya itu.

ye lah, MNG dtg rumah saya ikut jalan menghala dr bus stop kat jalan besar tp bila dtg
naik kereta dgn family, ayah MNG ikut jln blkg. so dia mmg la x cam kwsn kejiranan kami. lgpun, MNG yg tinggal di bandar K (kira2 1 jam 30 min perjalanan dr rmh saya) mmg x biasa dgn kwsn rumah saya ni.

Itu kejadian beberapa tahun lps tp agaknya sudah tertulis di azali yg rezeki MNG mmg ada dkt kawasan ni so MNG kena la biasakan dgn kwsn rumah saya ni. sbbnye opis MNG terletak dekat je dgn kwsn perumahan saya ni. bak kata belalang, sepelaung aje! hehe.

bila dh opis dkt dgn rumah
saya ni, selalu jugak la dpt lunch sama MNG. ada gak pernah terserempak dgn pakcik MNG kat Giant tp saya cpt2 la menyorok. belum tiba masanya lg. hihihi. sedangkan mak, ayah, abg dan kakak MNG pun belum ada peluang lg kenal saya makanya belum tiba masa lg utk sanak saudara yg lain tahu.

lgpun, saya ni pemalu orgnya (ye ke?). sbb tu la rs segaaaannnn sgt2 nk berkunjung + bkenal2 dgn keluarga MNG walau ka
mi telah berpacaran lebih 7 tahun lamanya. Hanya keluarga saya yg kenal dan tahu tentang saya dan MNG. saya dan MNG juga telah sepakat utk memberitahu ahli keluarga MNG bila masanya tlh hampir nanti. Mgkn ada yg pelik atau x percaya tp itulah kenyataannya.

mama birthday girl (makcik MNG) tgh psg lilin

oh ya, sambung citer besde party kazen cilik MNG ni, Safira. Kek gambar Princess Disney dr Secret Recipe itu tersangatlah sedap. asikkkk sekali. namun kehadiran saudara mara tuan rumah yg semakin ramai membuatkan saya cepat2 mengajak ummi meminta diri. manalah tau, kang terserempak pulak dgn MNG kat sini. nk kena berlakon lak nanti, purak2 x kenal antara kami.


kek yg sgt cedapppp

saya cuba berimaginasi, apalah agaknya ye reaksi Mama Safira ini nanti bila dia tahu yg anak jirannya yg dia kenal bertahun lamanya ini rupa2nya bakal mjadi anak sedaranye nanti? hihihi....tunggguuuuuu....




so can you keep a secret? :)

No comments: