kala malam bulan senyum


hr sabtu+ahad ada seminar kat wisma sffla, port klg....hmm, boring betul la buat seminar time wiken...prog start kul 9-5pm tp dkt kul 6 br hbs...dr rumah aku kat tmn permata ni, aku naik public transport je g port klang...mmg jauh pun,lbh kurang 70km..tp aku prefer naik public transport je g sana...bkn x mo drive sbb drive mmg lg convenience la kan...tp jalan kat area port klg tu teruk, berlubang2, dh la byk lori2 kontena...tu yg x best nk drive tuuu....

aku tunggu bas kat bus stand Klang...aku lirik jam di tangan kiriku, baru nk dkt kul 8...ramainye mat indonnnn....apa yg depa buat ramai2 kat sini....depa tunggu bas nk g mana ni? aku jd cuak... cptlah bas smpi, bisik hatiku....bas ke port klg x kunjung tiba juga...aku nmpk bas ke klg seakan mahu memulakan perjalanan. tiba2 aku menukar plan...naik bas klg je la, pastu naik bas g port klg pulak, aku berkata pd diri sdri. aku x nk tunggu bas straight g port klg sbb aku takut utk tunggu kat sini lama2. aku pun sa'ie (read:berlari2 anak) ke arah bas transnasional yg ada tertera perkataan klang itu. so aku akan tukar bas ke port klg apabila smpi di klg nanti. alhamdulillah, aku smpi di tmpt kejadian dgn slmt.

hr ahad-aku tunggu bas kat sentral je, dh x mo tunggu kat tmpt smlm lg. mcm x bape slmt, sbb aku sorg2. hmmm, ada kat negara sendiri pun rs x slmt. sbbnye mcm2 jenis org luar aku perhatikan ada di ibukota ni. ada org indon, negro, bangla. mcm kat areabus stand klg ni, org2 dia je yg mcm conquer tmpt ni.

so dlm sehari-dua ni aku betul2 penat...penat last wik x hbs lg, tmbh pulak dgn penat wiken...
smlm-isnin-pg2 lg aku bkejar ke sentral, naik bas LCCT..bkn aku nk g melancong. aku nk g opis operation kat KLIA sbb ada brg nk urgent nk kena setel. aku tido lena seakan x nk bgn je bila dh smpi kat LCCT tu. aku tunggu la Rina ambik aku kat kastam, bwk masuk kat opis operation.

tengahari-hal dgn kastam KLIA pun dh setel tp aku kena setelkan dgn kastam port klg pulak. aku ajak rina mkn sbb dr pg aku blm mkn. lps mkn+cit cat dgn rina, aku bgegas kembali naik bas LCCT g sentral. so dr sentral, aku akan ambik komuter g port klg. ramai ofismet aku seakan x pcaya bila dpt tahu aku ke sana ke sinun naik bas+komuter. mereka seakan kagum dgn kecekalan dan ketabahanku. hehe

mY s H a H aka Mr Nice Guy (selepas ini akan disebut MNG dlm blog ini) ada exam pg ni kat putrajaya. ms aku dh smpi area mid valley, aku pun saje la sms MNG, kot la MNG dh on the way balik dr exam.

"g bank kat sentral ni jap, pasni nk trs balik rumah," bunyi sms MNG.

"blh la naik tren g klg sama2 ye,"

"skang dh smpi mana?" tanya MNG.

"midvalley" aku membalas sms.

"ok, i'm waiting,"

"Yippie!" aku membalas.

yeay!aku blh naik 1 tren dgn MNG g klg. xde la bosan sgt, kan. at least perjalanan yg hampir 1 jam ke port klg tu blh rs jd sekejap. sbb dlm kepala aku pun dh pening fkr kan psl brg urgent ni. telefon bimbit di tgn bertalu2 panggilan dr org itu, org ini. so bila naik tren dgn MNG, ada la teman berbual utk menghilangkan seketika rs saspen psl shpmt yg pending kat kastam ni.

lps setel hal kat port klg, aku trs blk rumah. niat hati nk g opis kat subang, tp aku dh penat sgt dr siang. lps aku solat isyak, ummi mengajak kuar ke halaman rumah setelah mdapat sms dr ustaz umar.

"cuba tgk kat langit, ada bulan senyum," sms dr ustaz umar bbunyi.

kami dongakkan kepala memandang bulan di dada langit.



subhanallah. sang bulan senyum pd ku. aku senyum kembali, mbalas senyuman sang bulan. ummi mengajak jiranku utk menyaksikan keagungan Ilahi. jiran2 dan anak2 mereka tersenyum dan memuji nama Ilahi menyaksikan fenomena ini. Subhanallah. penatku seharian ini seakan hilang tiba2 tatkala menyaksikan bukti keagungannya....hmm lps ni, kalau rs penat+tension dgn kerja2 harian kat opis, cuba lafazkan subhanallah dan ukirkan senyuman utk diri sendiri...pasti akan ada rs ketenangan dlm diri...

No comments: