terima kasih atas pengorbanan



smlm adalah hr raya aidiladha...smlm agak sibuk di ru
mah....aidiladha kali ini bsama abg ajit and his girls. dr pg smpi mlm, saya asik makan x henti2...bestnye...dh lama x rs bselera mcm ni...bkn pe, kalau kat opis tu mmg trs tertutup selera nk mkn bila tgk keje menimbun2...so time cuti mcm ni la nk bls dendam makan mcm2 dgn riang ria

aidiladha - sgt sinonim dgn sebuah pengorbanan...

kali ni, saya nk citer psl 3 insan istimewa dlm hidup saya. terlalu baaaanyak pengorbanan yg mereka lakukan utk saya. tak terluah dgn kata2 tentang jasa dan budi baik mereka ini.

pertama sekali, insan istimewa itu tentulah bonda. my ummi - PHD in Kekeluargaan


atau saya panggil ummi. ummi seorg yg rajin, sporting, memahami, fleksible, ceria, sabar dan mudah dibawa berbincang. seronok dan bertuah punya ibu seperti ummi. ummi sentiasa buat yg terbaik utk kami sekeluarga. saya kagum dgn semua sifat yg ada pd ummi.

terima kasih atas segalanya. terlalu bsr pengorbanan ummi utk saya dr saya lahir smpi hr ni. sebut saja tentang jasa dan pengorbanan seorg ibu, pastinya tidak terbalas walau dgn segunung intan permata. saya sentiasa mendoakan ummi pjg umur+murah rezeki+diberi kesihatan yg bpanjangan supaya ummi dpt menyaksikan saya set up my own family and play wif my kids. saya ingin sekali ummi menjaga saya di kala waktu berpantang lps bsalin dan berkongsi stori-mori dgn ummi. hehehe. (cheeewahhh, kawen pun bolum ekau ni). hmm sbb tu lah saya selalu doakan ummi pjg umur sbb saya ingin sekali ummi berada di sisi saya menyaksikan segalanya. (dr kecik ummi dh jaga, dh tua ni pun nk ummi jaga lg ke?) mestilah, kannnn :)
ummi, thanks for everything...u are my sunshine


insan yg ke-2, tentulah ayahandaku.
ayahanda seorg yg berpengetahuan luas terutama tentang ilmu geografi dan pengetahuan am. saya juga sentiasa mendoakan ayah dipanjangkan usia+murah rezeki+sihat2 selalu. sbb saya belum pun puas nk balas budi baik dan jasa kalian pd saya selama ni. cuma yg saya pinta dr ayahbunda, ampunilah dosa2 anakmu ini, doakan lah kejayaan anakmu dlm bidang yg diceburi, berkatilah setiap langkahku dgn doa kalian. tanpa doa kalian, anakmu tidak dpt mengecapi erti bahagia di dunia ini.
masa besde my daddy...peace!

insan seterusnya adalah insan yg kugelar seorg teman, sahabat jua kekasih - MNG. MNG seorg yg sederhana, fleksible, simple (hmmmm, x yah la saya promote lebih2 psl MNG ni ye sbb saya dh prnh citer psl MNG ni dulu. try selak 1st post yg saya tulis dulu).terima kasih atas keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan selama ini. terlalu byk rintangan dan dugaan yg kita lalui sepanjang hampir 7 tahun perhubungan ini. thanks for alwiz be there for me in good times and bad times. semoga Allah memberkati hubungan ini dan memakbulkan impian kita.
buka posa wif MNG and my sis
(tiada dlm gambar: my sis)



Sekali lg di kesempatan ini, saya ingin meluahkan rs terima kasih yg x terhingga utk kalian:
Buat ibu+ayahku,
terima kasih atas segala pengorbanan+kesabaran kalian membesarkanku… thanks 4 everything.
Buat MNG (teman, sahabat,kekasih),
terima kasih kerana menjadi teman yg memahami ~ sentiasa terbuka, menerimaku seadanya.
terima kasih kerana menjadi sahabat yg setia bsama dlm suka dan duka ~ menjadi saksi segala tawa dan airmataku dlm merentasi segala peristiwa, mendengar keluh kesah mulut becok ini bcerita pelbagai perkara.
dan terima kasih kerana menjadi kekasih yg menyayangiku setulusnya ~ menjadikanku sempurna pabila bersama.

oh Tuhan…terima kasih di atas anugerah2 terindah ini…

No comments: