dewan atau rumah?

semalam ada borak2 dgn ummi tentang majlis saya nanti.

saya bercadang utk mengadakan majlis di dewan atas faktor2 berikut:

1) rumah saya cuma sederhana aje besar-keciknya
2) tidak mahu susah2 utk berkemas2 rumah
3) kemudahan parking
4) takut menganggu lalulintas jiran-jiran
5) takut jiran tidak selesa jika kami pasang p.a system


tapi....

ummi mahukan majlis saya dibuat di rumah sahaja. majlis saya nanti adalah majlis pertama keluarga kami memandangkan saya merupakan anak sulung. berdasarkan pemerhatian saya, majlis anak sulung atau anak bongsu ni lebih hangat dr biasa. maksud saya, meriah dia lain mcm. tetamu yg dtg pun lebih ramai. maklumlah, first time.

namun ummi seakan mahu juga mengadakan majlis saya di rumah. ummi kata, mahu simple2 aje. atau mungkin ummi ada alasan sendiri yg dia tidak mahu kongsikan dgn saya. saya pun bukanlah merancang majlis yg grand sgt pun, cukup hanya majlis yg teratur, tidak mahu kelam kabut dan tidak mahu susahkan tetamu yg dtg dr jauh dan dekat.

saya juga hanya mahu buat di dewan org main badminton aje pun. bukan dewan yg harga sewa cecah riban2.


saya tidak mahu mengecilkan hati ummi saya dgn menolak kemahuannya tapi dlm masa yg sama, saya mahukan majlis saya nanti teratur dan tidak mahu ada yg bermasam2 muka. atau mungkin pengalaman kalian buat di rumah, majlis kalian boleh aje berjalan dgn teratur spt yg dirancang?

di dewan atau di rumah saje?

3 comments:

dialicious said...

rasanya dewan lebih jimat sbb sewa khemah sudah mahal!satu khemah RM300.dewan RM300 boleh pakai sehari..huhu..dewan serbaguna la.pastu xyah kemas tau.harga makanan sama aje..

mingming said...

diah...

tempat dh ada...tp tak secara rasmi lg. nanti dh confirm dpt tmpt tu, br apdet kat sini :)

Anonymous said...

dewan lbh praktikal.kenapa bila bab perancangan kawin slalu ada percanggahan ibu?saya pun alami yang serupa..tension