hari terakhir oktober itu

alhamdulillah....itu sahaja kalimat agung yg mampu saya ucapkan. ayah bonda MNG telah dtg utk berkenalan dgn ummi dan ayah saya pada hari terakhir bulan oktober lalu.

pagi sabtu itu saya menerima pangggilan telefon dari MNG mengatakan ayahbondanya 'confirm' dtg ptg itu. hah? terus saya rasakan jantung saya deras berdegup. sepanjang hari itu saya sgt berdebar2, lagi2 ketika saya menghidang bihun goreng dan menuang air utk MNG dan ayahbondanya. ketar tgn saya ms tuang air! dah la terpaksa 'control' macho. hmmm, pertama kali saya bersopan dpn MNG. ye la, saya yg dia kenal bukanlah seorg yg bersopan santun. camne perangai saya ms form 1 dulu, mcm tu la saya hari ini. saya mmg dah tak boleh nk cover lg sifat buruk saya pada MNG. hihi.

lega saya bila saya lihat ayahbonda MNG dan ayah ummi saya berbual mesra dgn rancaknya. saya senyum sendirian di dapur. Terdengar juga suara MNG rancak melayan ayah saya berbual. Hampir sejam mereka berborak, barulah ayahanda MNG menyatakan tujuan mereka dtg pd ptg itu.

ayahanda MNG : saya, B_ _ _ _ _ _ H_ _ _ _ _ Bin A_ _ _ _ _ R_ _ _ _ _ . Tujuan saya dtg ni ada hajat utk anak bongsu saya. jd sebelum saya terus meminang, saya nk bertanyalah dulu samada anak encik yg anak saya kawan tu ada sesiapa ke?

ummi saya : hmmm, tak de pulak. setakat ni mmg MNG sorg je lah

ayahanda MNG : ye lah, katanya dh kawan sejak belajar kat uitm ms diploma dulu

bonda MNG : tu la, dh lama. kami pun tak tau sbb anak saya pun tak pernah cerita. benda baik camni, eloklah dipercepatkan. rancangnya, bln 5 ni la. tengok la camne perancangan diorg ni.

saya yg curi2 dgr kat dapur, senyum2 sorang. saya curi2 jenguk ke arah runag tamu. nk tgk reaksi MNG ketika diskusi itu.

MNG tak ada. mesti MNG duduk kat luar, utk bg peluang org2 tua berbincang. bila pulak MNG keluar dr ini filem? hehe. saya pulak yg curi2 dgr.


stage kedua dh lepas. saya menarik nafas lega, alhamdulillah....


malam itu, lps MNG dan keluarganya berangkat pulang, ummi tanya pada saya:

"yg bulan 5 tu apa?"

"bulan 5 tu kawen la. ummi tak tanya mak dia ke?"

"mak dia ckp korg dh plan. ummi ingat bulan 5 tu bertunang."

"tak la. dia ckp, dlm bln ni atau bln dpn, dia htr wakil utk bertunang."

"hah? along dh nk kawen? huhuhu. tahniah. tahniah" sampuk adik bongsu saya yg berusia 9 tahun sambil memeluk bahu saya, kegirangan.


saya seronok. ayahbonda saya seronok. adik saya seronok. harapnya semua seronok dgn perkhabaran ini. tp pesan saya pada keluarga, jgn hebohkan dulu pada saudara mara atau jiran2 yg lain. saya faham ini berita baik tp ntah la, saya lebih suka diam2 dulu tentang ini.

ms nk dkt2 bg kad nanti, baru nk buat press conference. hahaha. hei mingming, kau fikir kau artis?



4 comments:

-yani- said...

hi ming2,
sy rasekan elok bitahu pd sedare mara awal2..
kot2 bitahu time nak bg kad jek.. diorang kecik hati pulak.. huhu

Haliza Haron said...

tahniah².. saya teruja dpt tahu berita gembira ni :)

mingming said...

yani: hmmm...nanti ada yg kecik ati ye? x best la kan kalau ada yg kecik2 ati atau masam2 muka utk majlis gembira mcm ni... bkn pe, rs mcm segan la nk bgtau diorg yg saya dh nk kawen. (mingming, ingat la sket awak tu umur dh 26 bukan 16 tahun. kalau umur 16 tahun mmg la segan nk bgtau org yg awak nk kawen <-- kata saya pd diri sendiri)


haliza: saya pun sgt teruja. begitu lama menunggu saat ini :)

dialicious said...

congrats awak!