bertentangan pendapat tentang majlis

salam...

dah lama saya tak update blog ini. bukan apa, seakan tiada mood utk catat di sini. sbbnya apa yg saya rancangkan utk majlis saya, tidak dipersetujui ummi saya.

1.saya tidak mahu buat majlis di rumah kerana tidak mahu susahkan sesiapa utk kemas2 rumah lps majlis lgpun rumah saya sederhana aje saiznya tp ummi mahu buat di rumah, ummi ckp buat apa nk malu rumah kite kecik.

2.saya mahukan pelamin (tiada acara renjis-renjis dipilis, hanya utk sesi bergambar bersama keluarga dan kawan2) tapi ummi tidak mahu pelamin di hari majlis saya kecuali kalau saya setuju utk pasang pelamin di dlm rumah (walau majlis bukan di rumah).

3.kata ummi, kalau saya tetap mahukan pelamin, ummi tidak bersetuju saya sewa pelamin. ummi cakap, letak kerusi aje dan kite hias sikit2 (kecuali kalau pelamin pasang di rumah, ummi setuju sewa pelamin)

4. saya ceritakan pada ummi tentang pakej yg saya dpt berkenaan baju+mekap+pelamin yg saya anggap berbaloi dan ada dlm bajet saya dan MNG kerana tidak mewah belanjenya tp ummi tidak setuju. ini kerana bg ummi pakej itu mahal dan membazir. saya keliru.


saya adukan pada sepupu saya (dgn niat bertanyakan pendapat kerana dia baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada mei lalu) tp kata sepupu saya, turut sajelah kata2 ummi tu, mana ada wedding yg perfect. asalkan ummi gembira.

huwaaaaa.....saya buntu. bukan saya mahukan yg perfect. saya hanya mahukan yg sederhana dan menjadi kenangan saya seumur hidup. yg penting, saya tidak mahu susahkan sesiapa dari segi tenaga dan kewangan.

saya cuba berbincang dgn ummi berkenaan majlis saya nanti tp ummi seakan berkeras. ummi asyik katakan yg majlis anak2 kawan dia yg lain pun buat pelamin kat rumah walau kawen kat dewan. ummi kata, majlis kawen anak si polan tu kawen kat rumah, ok aje. rumah dia pun mcm rumah kite aje.

adakah saya tiada hak utk tentukan apa yg saya mahukan di hari majlis saya? ini semua bukan soal kos atau tak cukup bajet ummi bertindak seolah2 dia seorg yg sukar utk berbincang. ummi yg mudah dibawa berbincang sgt berbeza dr ummi yg saya kenal sblm saya bukak topik majlis kawen saya.

soal kewangan tiada masalah sbb awal2 lg saya dh beritahu yg saya mahu berkonsep sederhana dan tidak mahu usik pun duit ummi atau ayah saya. saya mmg tak faham. atau mmg ramai bakal pengantin menghadapi situasi bertentangan pendapat spt saya?

3 comments:

-yani- said...

sekadar memberi pendapat..
mmg susah nak buat majlis kahwin kite ikut selera and kehendak kite
banyak hati yg kite kn jaga
terutama hati mak ayah kite
pd sy.. ming2 buat lah majlis kat rumah (sbb tu kehendak mak ming2 kan?)
insya allah... takde ape tu.. semua akan okay.. jgn risau nanti susah nak kemas rumah ke apa ke.. even buat kat dewan pun sy rase rumah ttp akan sepah gak dgn barang2 kahwin..:)
and kalau buat kat rumah boleh ade pelamin kan? at least ming2 pun dpt.. mak ming2 pun dpt.. ming2 dpt pelamin.. mak ming2 dpt buat majlis kat rumah.. :)

mingming said...

thanks, yani atas pendapat awak...
kdg2 rs susahnya nk kawen bila ada beza pendapat mcm ni. maklumlah, saya anak sulung. jd mcm susah sket bila apa yg saya nk buat tu, anak kwn dia x buat so dia mcm x konfiden dgn saya.

thanks sekali lg sbb sudi singgah :)

aziraarif said...

eiii...we are in the same shoes...i always nk buat kat dewan sbb taknk nyusahkan sedara2 or even keluarga mengemas rumah...p mama berkeras nk buat kat rumah...sigh...ikut je la ckp mak...janji dia happy