suatu kehilangan~alfatihah buat mama@maklang~~



lps solat raya di rumah (tmn permata), kami sekeluarga bersalam+bermaafan sesama ahli keluarga….sejurus itu, kami terus pulang ke kampung di port dickson tanpa singgah beraya di Beranang+ rumah sedara mara yg lain spt kelaziman kami thn2 yg lalu…kerana kami telah dpt berita maklang (yg kami pgl mama) dh start sakit lain mcm sjk mlm td (mlm raya)…alhamdulillah, jln x jem dan kami slmt tiba di PD jam 1 tengahari.
hati saya sayu melihat sekujur tubuh mama terbaring tanpa suara. saya salam tangan mama yg telah dimamah usia. kata zira (cucu mama), mama tiba2 x blh bangun+bsuara sejak mlm raya. mama hanya dpt memandang insan2 yg menziarahinya tanpa suara. mama cuba untuk bercakap namun suaranya seakan tsekat di kerongkongnya. mama hanya bertindak balas dgn menggerakkan tgn dan kakinya sahaja. kami sedih melihat keadaan mama yg tidak mampu lg menerima makanan, hanya air suam saja yg dpt diterima.

saya kagum melihat along (anak mama),hazwan, zira, nabila, nadia (cucu2 mama) cekap mengurus menukar pampers+baju mama. saya membantu mana yg perlu dan saya lihat mata mama bergenang airmata. mungkin dia sedih melihat cucu2nya mengurus dirinya yg suatu tika dulu, mama yg mengurus cucu2nya. mlm itu mama tidur smbil memegang tgn zira.

2 syawal:
hr ini makin ramai saudara mara yg dtg menziarahi mama…namun hr ini mama tidur lebih lama dr smlm…sekejap2 saja mama tbangun…t’hri itu kami cuba mencari doktor utk dibawa ke rumah bg memeriksa keadaan mama namun kebanyakan doktor bercuti hr raya. ada doktor yg bekerja tp x blh nk dtg pulak, kononnye jauh la (tp x la jauh sgt pun sbnrnya). kami juga turut panggilkan ustaz utk melihat mama.
“ms dia dh x lama dh ni…kite tunggu je la…blh la bsalam+bmaafan dgn dia” kata ustaz.

hati aya seakan menolak kata2 ustaz. dlm doaku slps solat, aku memohon dipanjangkan usia mama. kerna saya ingin sekali berbual+bergurau dgn mama di aidilfitri spt selalu. mlm itu sekali lg saya membantu cucu2 mama menukar pampers+baju mama. tetamu yg dtg menziarahi mama pergi dan dtg. tetamu yg terakhir mlm itu adalah kwn2 nabila jam 10 mlm. lebih kurang jam 11 mlm, mama sekan menunjukkan tanda2 untuk pergi. kami mula membaca surah yaasin beramai2. keadaan sayu menyelubungi kami. saya membisikkan kalimah Allah di cuping telinga mama. Alhamdulillah, kelihatan bibir mama bergerak mengikut menyebut kalimah agung itu. Kami sendiri menyaksikan mama menghadapi sakaratul maut. kami melihat nyawa mama cuba diambil sedikit demi sedikit dan Alhamdulillah, mama pergi dgn tenang.

airmata kami x dpt ditahan2 lg. hazira menggenggam erat tgn mama seakan tak mahu mama pergi tinggalkan kami. aku menenangkan hazira supaya redha dgn pemergian mama. along pengsan seketika dan kami cuba menyedarkan dan menenangkan along.
>>sori, saya rs x dpt nk terus mencatatkan segala memori pemergian mama di blog ini sbb hati saya sebak dan sedih bila teringatkan mama…sesungguhnya Allah lebih menyayangi mama…
alhamdulillah, mama pergi dgn tenang dan semoga dia tenang jua di sana…alfatihah…

No comments: