6th years=january

January 9th, 2008

Bila thn baru menjengah, saya sentiasa teruja..di alam persekolahan dulu, saya teruja utk naik darjah/tingkatan…maklumlah,tgh nak membesar ms tu…dpt guru kelas baru, lantik ketua kelas+ajk yg baru…dan saya dgn kwn2 yg lain berkobar2 dgn azam baru.setelah menginjak ke ipt hingga kini, sekali lg saya teruja dgn kedatangan thn baru…ini kerana Januari adalah bulan anniversary saya dan si dia…hehehe…dan Januari kali ini adalah thn yg ke-6 bg kami. kami sentiasa berdoa semoga hubungan kami ini diberkati-Nya dan impian kami utk mengikat ikatan yg sah dimakbulkan-Nya. bila diimbas kembali, saya x sangka akan menjalin hubungan chenta dgn si dia yg merupakan classmate saya ms form 1. dia bpindah sekolah ketika form 4 dan kami bertemu semula ms diploma. kwn2 sekolah yg lain pun seakan tidak percaya bila mendapat perkhabaran yg kami berpacaran…sbb karakter kami yg sgt berbeza. cthnya?dia cool, saya gelabah sket…dia pendiam, saya becok sket…dia matured, saya childish…dia pandai urus duit, saya pandai perabis duit….dia sopan, saya sengal2 sket….hihihi….byk lg la tp pbezaan itulah yg merapatkan+menceriakan hubungan kami. org kata opposite attract :)

tentang dia?dia seorg yg soft spoken….hmm tak perlulah saya bercerita pjg tentang dia…nanti org kata promote boypren sendiri….cukuplah saya katakan yg saya bahagia bersamanya….dialah teman, sahabat, kekasih. dia masih lg dirinya spt di awal perhubungan kami 6 thn yg lalu. dulu kerap saya sangkakan yg dia sekadar ‘berlakon baik’ utk memikat dan mengambil hatiku tp akhirnya saya menyedari yg dia bkn berlakon, mmg itulah sifat dirinya yg sbnr.

bila dh lama berkawan ni, ramai la yg tanya bila nak kawen…lg2 sejak saya dh hbs blaja bln 6 thn lps, makin keraplah soalan ini diajukan. kata org, x elok kawan lama2, blh elakkan maksiat….bkn x nak kawen…tp saya masih belum puas duduk dgn family…blm puas nak rs air tgn seorg ibu…maklumlah, sejak tingkatan 1-5 aku sekolah asrama.then,3 thn wat diploma+2 thn degree kat uitm. selama 10 thn aku makan nasi kawah dwn makan…dan selama 10 thn itulah saya rindu nak cium tgn+pipi ibuku setiap pagi…kini saya dpt mencium tgn+pipi ibu setiap pg sebelum pergi kerja…dan saya blm puas utk lakukan itu semua….kerana kalau tidak kerana doa ibu+ayah siang dan mlm, pastinya saya tidak dpt meraih apa yg saya dpt hr ini. saya merasakan yg saya masih belum puas utk melihat wajah ibu+ayahku siang dan mlm sblm saya bergelar seorg isteri kepada seseorg…kerana pastinya pabila berkahwin kelak, saya perlu memberi tumpuan kpd byk perkara dan tidak lg dpt tgl bsama ibubapa kerana rumah kami yg sdrhana kecil~bimbang menimbulkan ketidakselesaan pd adik2…biarlah org mengatakn yg saya anak manja, x independent atau apa saja asalkan saya bahagia dgn memberi komitmen yg sepenuhnya pd keluarga.lgpun, saya anak yg sulung dan adik2 semua masih belajar-yg bongsu br darjah 2. ada juga yg bpendapat, kalau dh kawen nanti masih blh tlg keluarga. itu pndpt org lain dan saya hormatinya tp saya rs saya masih blm puas utk mbalas segala susah payah ibu+ayah mbesarkan saya yg nakal ini. hajatku msih blm tcapai utk mberi mereka keselesaan hidup.

mujur orgtua saya tidak mendesak bab2 kawen ni…si dia juga understanding+flexible…. memberi aku kebebasan sepenuhnya dan dorongan utk mencapai segala hajat di hati sblm memikul tanggungjawab seorg isteri. ini kerana pastinya byk hati yg perlu dijaga bila saya bergelar isteri. saya x bermaksud perkahwinan itu menjadi penghalang utk mcapai impian tetapi hmmm….sukar utk saya trgkan di sini. mgkn ada yg x setuju dgn saya, lain org lain pndpt. bkn x prnh kami bicarakan soal kawen, mmg kami ada perancangan dan persiapan ke arah itu. namun demikian, saya x blh menolak takdir seandai ’sampai seru’ lebih cpt dr yg kami rancangkan. siapalah saya utk menolak takdir yg sdh t’tulis utkku kerana DIA lbh tahu apa yg terbaik utk hambaNya.

Buat ibu+ayah, terima kasih atas segala pengorbanan+kesabaran kalian membesarkanku….thanks 4 everything.


Buat si dia,

terima kasih kerana menjadi teman yg memahami~sentiasa terbuka, menerimaku seadanya.
terima kasih kerana menjadi sahabat yg setia bsamaku dlm suka dan duka~menjadi saksi segala tawa dan airmataku dlm merentasi segala peristiwa, mendengar keluh kesah mulut becok ini bcerita pelbagai perkara.
dan terima kasih kerana menjadi kekasih yg menyayangiku setulus hati~menjadikanku sempurna apabila bersama.

oh Tuhan…terima kasih di atas anugerah2 terindah ini…

Maka bersempena thn baru dan awal muharam ini, aku berdoa semoga ibubapaku, diriku, adikk2ku dan juga si dia thn ini ditingkatkan keimanan, dilimpahi rezeki dgn keberkatan, dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yg bpanjangan dan warnai thn kami ini dgn kecemerlangan. doaku di thn ke-6 ini: berkatilah hubungan kami, makbulkanlah hajat kami dan peliharalah kami dr membuat perkara2 yg menjauhkan kami dariMu. Aminnn….

No comments: